Wednesday 12 August 2015

Langit Band

Syukur alhamdulillah akhirnya siap satu lagu untuk single album kami... Minta peminat beri sokongan serta galakkan kepada kami untuk bergiat maju dalam industri muzik...sesungguh kami hanya merancang yang terbaik tuhan menentu segalanya...

Mari perdengarkan lagu Penipu dari kami khas buat anda.

Komposer - Faizal Kai
Lirik - Mak Nilam




Wednesday 22 April 2015

Eksplorasi Media Memorial 22-23April2015


Bagi mengenang jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh negara, Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Santai Travel mengambil inisiatif murni telah menganjurkan program Eksplorasi Media Memorial.

Program yang melibatkan penyertaan wakil media cetak, elektronik dan sosial tersebut diadakan selama dua hari dengan memberi tumpuan kepada memorial di Kuala Lumpur seperti di Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tun Hussein Onn, Galeri Sri Perdana dan Pustaka Peringatan P.Ramlee.

Wakil media juga berpeluang untuk meninjau sendiri lokasi bersejarah tersebut serta koleksi-koleksi yang ada di dalamnya dan dalam masa yang sama bertemu dengan waris atau tokoh yang pernah menduduki premis tersebut secara eksklusif.

Bersempena Tahun Festival Malaysia ke 2015 (MyFest 2015) usaha ini di harapkan dapat mempromosikan lagi memorial-memorial di Kuala Lumpur sekaligus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan negarawan yang dapat menggamit kunjungan masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara.

Selain memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat mengenai jasa-jasa serta sumbangan tokoh-tokoh negara, program ini juga dapat menyemarakkan lagi memorial-memorial di bawah pengurusan Arkib Negara Malaysia. Ia juga sebagai usaha mendekatkan lagi masyarakat terutama generasi muda dengan peranan yang di jalankan oleh Arkib Negara Malaysia sebagai pusat penyelidikan yang menyimpan khazanah negara.

Bersempena dengan program ini juga satu majlis makan malam turut diadakan yang melibatkan wakil media massa dan juga penggiat industri pelancongan. Penglibatan penggiat industri pelancongan khususnya pengusaha agensi pelancongan serta pemandu pelancong amat penting dalam mempromosikan memorial sebagai produk pelancongan yang patut dikunjungi.

Sesungguhnya jalinan kerjasama pintar antara pihak media dengan Arkib Negara Malaysia ini merupakan satu inisiatif murni ke arah menyahut seruan kerajaan sekali gus memupuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak media massa tidak kira media elektronik atau media cetak yang memberi sokongan kepada program ini. Program ini juga membuktikan bahawa dalam konteks pelancongan pihak media massa dapat bersatu suara dalam menjayakan misi nasional Tahun Festival Malaysia 2015.









Tuesday 21 October 2014

Malaysia Year of Fesivals (MyFest) 2015

KEMPEN NASIONAL UNTUK TERUS MENINGKATKAN PERTUMBUHAN PELANCONGAN NEGARA

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan dalam Bajet 2015 bahawa kerajaan akan melaksanakan Malaysia Year of Festival (MyFest) pada tahun depan.

Kami rakan Sahabat Media telah di undang ke Sidang Akhbar di Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur pada 21Oktober 2014.

Program ini akan menjadi platform untuk menyebarkan visi, sasaran dan garis panduan penjenamaan Malaysia Year of Festivals 2015 kepada penggiat industri. Bertemakan "Endless Celebrations", untuk sepanjang tahun dengan kalender yang akan di penuhi dengan perayaan setiap jenis, misalnya festival budaya, membeli belah secara ekstravaganza, acara antarabangsa yang menyeronokkan, acara eko-pelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai acara bertema.
















Friday 22 August 2014

BAYOU LAGOON PARK RESORT | BAYOU 9D THEATRE | WATER PARK | BERTARAF 4 BINTANG | MELAKA

Program Sahabat Media menjelajah ke Melaka Bersejarah pula. Kali ini kami berkesempatan menginap di hotel yang bertaraf 4 bintang iaitu Bayou Lagoon Park Resort. Keunikan hotel ini adalah mereka mempunyai Water Park tersendiri serta mempunyai 9D theatre.
Jika ingin menginap di Bayou Lagoon Park Resort di negeri Melaka ini, pihak resort menyediakan mempunyai Studio Room with jacuzzi, 2 bedrooms apartment, 3 bedrooms apartment and penthouse. Harga bergantung pada hari biasa mahupun hari cuti. Bayou Lagoon ada beberapa pakej penginapan berserta water park.

Bayou Lagoon Park Resort menyediakan ruang mesyuarat serta dewan serta pakej perkahwinan.

Harga bilik untuk tahun 2014 serta pakej sarapan pagi, water park dan 9d theatre

Studio room pakej untuk 2 orang
Hari biasa RM220
Hujung minggu RM340
Hari cuti RM400

Studio room (with jacuzzi) pakej untuk 2 orang
Hari biasa RM290
Hujung minggu RM410
Hari cuti RM470

Studio room (with water park view) pakej untuk 2 orang
Hari biasa RM320
Hari minggu RM440
Hari cuti RM500

2 bedrooms (apartment) pakej untuk 4 orang
Hari biasa RM380
Hari minggu RM520
Hari cuti RM610

3 bedrooms (apartment) pakej untuk 6 orang
Hari biasa RM520
Hari minggu RM670
Hari cuti RM780

3 bedrooms (apartment) pakej untuk 6 orang
Hari biasa RM1570
Hari minggu RM1570
Hari cuti RM1570
Harga water park
Dewasa RM20
Kanak-kanak RM15
Umur 55tahun RM10
Kanak-kanak ketinggian bawah 3ft masuk secara percuma

sumber dari www.bayoulagoon.com.my

Harga bayou 9d thetre
RM15
(movie seperti Glacier Adventure, Zombieland Crazy Roller Coaster dan sebagainya)
Hari biasa 11pagi hingga 10malam
Hujung minggu 10pagi hingga 11malam


Pakej perkahwinan pula
Sweet Romance RM788nett
Blissful Love Rm888nett
Eternal Happiness RM988nett

BAYOU LAGOON PARK RESORT SDN BHD
AMARI VILLA, BAYOU LAGOON PARK RESORT
JALAN WAKAF UTAMA
7450 BUKIT KATIL
MELAKA
TEL : 062330888
FAX : 062533888
EMAIL : reserve@bayoulagoon.com.my
www.bayoulagoon.com.my





Tuesday 19 August 2014

LOST WORLD HOTEL | IPOH | PERAK

Lost World Hotel di buka pada 28 April 2011. Hotel ini mempunyai sebanyak 174 bilik dengan pilihan tilam king atau pun tilam kembar. Jarak di antara Theme Park hanya sejauh balingan batu "just a stone's throw way". Ada beberapa jenis bilik serta harga penginapan semalam









1) Exotic Room RM500 (jumlah unit 71)
1) Classical Room RM600 (jumlah unit 72)
3) Deluxe Suites RM800 (jumlah unit 8)
4) Executive Suites RM900 (jumlah unit 17)
5) Premier Suites RM1,000 (jumlah unit 3)
6)Super Suites RM1,200 (jumlah unit 3)

Pelbagai kemudahan yang di sediakan adalah seperti WiFi dan sebagainya.

LOST WORLD HOTEL, IPOH PERAK
No. 1 , Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
Theme Park Tel: 605- 542 8888
Hotel Tel: 605- 540 8888

RESTORAN NASI VANGGEH | IPOH | PERAK

NK bersama warga sahabat media singgah makan di restorn Nasi Vanggey, Ipoh Perak. Terpandang ayam berempah serta kari mamak kawwwww perrgghhh makin kerokkk kerokkk lah perut NK... Jomm isi perut sebelum bertolak balik ke KL.

Sumber dari google.com

sumber dari google.com...tgk la rupe ayam rempah tu... yummmm yummmmm




RESTORAN NASI VANGGEH, IPOH PERAK
Jalan Labrooy, 30100 Ipoh, Perak
                                                                         05-506 0386